N41 MOF 2008 INTAKE NETWORK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PERHATIAN
Mari lihat gambar GATHERING BERBUKA PUASA di Warisan, Putrajaya pada 18/9/08!
Latest topics
» fish oil sale
Artikel untuk dikongsi EmptyThu 04 Aug 2011, 7:37 am by Guest

» Brown University Emergency Medicine Residency
Artikel untuk dikongsi EmptyThu 04 Aug 2011, 3:14 am by Guest

» the benefit of fish oil
Artikel untuk dikongsi EmptyTue 02 Aug 2011, 2:55 pm by Guest

» play casino online for free
Artikel untuk dikongsi EmptyTue 02 Aug 2011, 1:06 pm by Guest

» смотреть гинекологический осмотр
Artikel untuk dikongsi EmptyMon 01 Aug 2011, 6:55 am by Guest

» x-Hack hack you
Artikel untuk dikongsi EmptySun 31 Jul 2011, 10:48 pm by Guest

» Drug Schemata Prior
Artikel untuk dikongsi EmptySun 31 Jul 2011, 10:33 pm by Guest

» backlink checker backlinks service
Artikel untuk dikongsi EmptySun 31 Jul 2011, 8:57 am by Guest

» AppomiamictSS
Artikel untuk dikongsi EmptySat 30 Jul 2011, 2:10 am by Guest

Tahukah Anda?
Anda boleh customize profile anda dengan avatar dan signature.

Anda juga boleh set profile anda supaya menghantar email alert tentang aktiviti forum2 yang sedang anda layan.

Jangan lupa untuk set Timezone anda kepada GMT+8 supaya masa anda selaras dengan kami. Semua function ini boleh didapati di PROFILE.
Gallery


Artikel untuk dikongsi Empty

Artikel untuk dikongsi

+6
ida
asmanita_bpk
nEeyA_deEya
intan_bpk
kak eta
Adiputra
10 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Sun 14 Sep 2008, 2:35 pm

kEPADA SEMUA WARGA MOF-ers ..........sedikit info utk anda semua.....

Sekiranya handphone anda hilang atau dicuri.....

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda

daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi

boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang

tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong

enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap

telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan

telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,

Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh

disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih

tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan

menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya

setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan

nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat

dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual

dan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang

dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by kak eta Mon 15 Sep 2008, 5:15 pm

Zaid Ibrahim letak jawatan
15/09/2008 2:29pm



Datuk Zaid Ibrahim

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.
kak eta
kak eta
Regular poster
Regular poster

Female Number of posts : 67
Age : 47
Kementerian : Kewangan
Bahagian : Perancangan Korporat
Registration date : 2008-09-13

http://zeeta-scorpio.blogspot.com

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Mon 15 Sep 2008, 5:48 pm

So ape akan jadi nanti?
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by intan_bpk Mon 15 Sep 2008, 5:52 pm

Dato' Zaid ni nak lompat parti gak ke??..
intan_bpk
intan_bpk
Regular poster
Regular poster

Female Number of posts : 54
Age : 40
Kementerian : Kewangan
Bahagian : BPK
Registration date : 2008-09-15

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Mon 15 Sep 2008, 9:46 pm

Tak tau la... skang ni banyak politik dalaman yg kita tak tau.. so we have to wait and see.. tapi yang penting. agenda tubuh kerajaan baru tu bukan main2.. korang rasa cane ek? adakah kerajaan tu legal. I mean dari segi perundangan memang sah..

Tapi kan kalu di tengok dari segi demokrasi.. Demokrasi adalah pungutan suara rakyat yg memilih pemimpin. If perkara krj baru ni berlaku, mereka tidak mendapat mandat rakyat. Jadi mereka dengan secara paksa meragut itu dari kita.. Aku bersifat open ek.. no left or right...
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by nEeyA_deEya Tue 16 Sep 2008, 9:57 am

betul gak tu adi..
malaysia da dipimpin dengan demokrasi sejak dolu2 lagik..sepanjang kepimpinan tu aku tak de lagik tengok ade prob besar2 sangat yg sampai menjatuhkan negara dan menyusahkan kite sebagai rakyat..
bila kerajaan baru ditubuhkan..aku takut kuasa memilih rakyat terus takde..dan lagik, hak2 istimewa bumiputera yg paling teruk skali terjejas..

macam isu uitm tu..aku rasa takde masalah lau dorang tak bukak kat bukan melayu..tu jela satu2 nya hak istimewa bumiputera yg tinggal --> MARA...yg lain sume sket2 da dibagi kat orglen..bukan aku nak timbulkan isu perkauman kat sini..tp sekadar mengajak kite ber pk...
ape akan jadik lau negara kita, malaysia (dulunye tanah melayu) dah bukan kepunyaan org2 melayu...???

macam kerajaan baru ni...lau dorg leh satukan balik malaysian macam zaman2 dulu, aku tak kisah ada kerajaan baru...tula..sume menda mesti ada lebih, ada kurang..lau org2 yg nak wat kerajaan baru tu duduk sama2 ngan kerajaan sedia ada, bincang elok2..baiki kelemahan masing2..malaysia memang superb...
nEeyA_deEya
nEeyA_deEya
Spammer!
Spammer!

Female Number of posts : 369
Age : 39
Kementerian : need'z ent.
Bahagian : bhgn org malaysia
Registration date : 2008-09-12

http://profiles.friendster.com/8039044

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Tue 16 Sep 2008, 1:15 pm

satu yg aku respek malaysia ni, perkauman.. apabila ada perkauman, dia seperti sebuah bot yg dalam nya ramai orang campur2... kalau orang kat kiri bergerak2 sangat.. bot boleh terbalik.. so cara dia.. kene ada sorang ketua bot. sorang yang bawak bot.. sorang yang duduk tengah kasi balance.. sorang dok kiri atau kanan kasi balance.. Jangan kasi bot terbalik...

Kita di Malaysia ni.. aku rasa dalam situasi ramai orang gerak2 dalam bot tu.. so bahaya sket.. ketua dok bising kata duduk.. tapi tak duduk2..

pada pendapat korang la.. adakah wajar diambil alih kuasa sebegitu rupa? dengan cara rampasan? bukan cara vote?
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by asmanita_bpk Tue 16 Sep 2008, 1:43 pm

mana bleh rampas2..
untuk menentukan negara berdemokrasi adalah melalui pilihanraya...
ingat apa... ni bukan zaman perang kedualah nak main rampas2..

asmanita_bpk
Regular poster
Regular poster

Female Number of posts : 61
Age : 43
Kementerian : Treasury
Bahagian : Bahagian Perolehan Kerajaan
Registration date : 2008-09-16

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by nEeyA_deEya Tue 16 Sep 2008, 2:15 pm

pada aku tak wajar langsung..
bukan ape..suara rakyat tu penting utk sorang2 pemerintah..lau dia membelakangkan suara rakyat, sama la mcm dia membelakangkan rakyat tu..
sape yang leh sokong negara, sokong pemerintah lau bukan rakyat..
negara bukan hak milik pemerintah..tp kepercayaan rakyat...
(wah...buleh bukak parti rakyat aku nih...)
lau dorang betul2 yakin nak tubuhkan kerajaan baru, yakin dapat saksama pada rakyat wat pilihanraya..bukan setakat amik undi tak percaye sesama ahli parlimen..
personally, ahli2 parlimen pun takde hak merampas negara atau kuasa..sebab dorang pon berada di atas sebab pilihan rakyat...

kesimpulannya..memang tak patut...not appropriate...
nEeyA_deEya
nEeyA_deEya
Spammer!
Spammer!

Female Number of posts : 369
Age : 39
Kementerian : need'z ent.
Bahagian : bhgn org malaysia
Registration date : 2008-09-12

http://profiles.friendster.com/8039044

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Tue 16 Sep 2008, 3:08 pm

stuju.... cheers
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by asmanita_bpk Tue 16 Sep 2008, 3:36 pm

ntah! aku pun tak paham perangai wakil2 rakyat skang ni...

isu memperjuangkan hak rakyat dah jadi mcm perkara kedua...

perkara pertama yg nak di target.................(malas nak cakap kang kena tebas) korang sendiri paham..

perjuangan skang tak mcm tokoh2 veteren dulu yg sanggup bersusah payah demi agama bangsa dan negara....

so bila dah tengok flow mcm tu... pelapis2 mcm kita wajar utk merubah cara dan motif dalam berpolitik....untuk kepentingan rakyat

asmanita_bpk
Regular poster
Regular poster

Female Number of posts : 61
Age : 43
Kementerian : Treasury
Bahagian : Bahagian Perolehan Kerajaan
Registration date : 2008-09-16

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by nEeyA_deEya Tue 16 Sep 2008, 4:44 pm

jadi dengan itu
marilah kita bersatu menubuhkan kerjaan baru...
ops...
salah topik nih..
sowy tok ketua..

zaman da berubah..
dunia da maju...
org pun suka berbalah..
sume da tak macam dulu...
(ceh..siap wat pantun lagi aku)
nEeyA_deEya
nEeyA_deEya
Spammer!
Spammer!

Female Number of posts : 369
Age : 39
Kementerian : need'z ent.
Bahagian : bhgn org malaysia
Registration date : 2008-09-12

http://profiles.friendster.com/8039044

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Tue 16 Sep 2008, 9:38 pm

Hurm.. aku nak tanya la.. ini berkait dengan kata2 kak asmanita kita kat atas ni.. silibes kita kat skola asek2 ajar pasal pejuang kemerdekaan tapi tak banyak menyentuh perjuangan ulama'2 yang turut sama menaikkan semangat kemerdekaan.

Perkara ni dibangkitkan kat forum Islam Hadhari aritu buat kat MOF. Kenapa silibus kita melupakan mereka? Walhal mereka juga memainkan peranan yang besar...
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by nEeyA_deEya Wed 17 Sep 2008, 10:00 am

politik adi...
macam tu la...

oh ye...
smalam mat zin pulak letak jawatan..tatawla..sume org da ada agenda sendiri nampaknye
nEeyA_deEya
nEeyA_deEya
Spammer!
Spammer!

Female Number of posts : 369
Age : 39
Kementerian : need'z ent.
Bahagian : bhgn org malaysia
Registration date : 2008-09-12

http://profiles.friendster.com/8039044

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by ida Wed 17 Sep 2008, 11:57 am

Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
ida
ida
Hardcore poster
Hardcore poster

Female Number of posts : 242
Age : 39
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan
Registration date : 2008-09-12

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by nEeyA_deEya Wed 17 Sep 2008, 12:48 pm

ida..
sorry la ek..
aku rasa artikel ni lebih baik diletakkan dalam thread bicara agama..
tp tataw la lau incik admin kata ok..
nEeyA_deEya
nEeyA_deEya
Spammer!
Spammer!

Female Number of posts : 369
Age : 39
Kementerian : need'z ent.
Bahagian : bhgn org malaysia
Registration date : 2008-09-12

http://profiles.friendster.com/8039044

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by kjem Wed 17 Sep 2008, 12:51 pm

Isu Kad Jemputan Kahwin

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se islam. Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga.

Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun. Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi..

Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya.Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.

Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah Allah itu sama dengan kita membuang al Quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama. Wallah hu alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat
besar
kjem
kjem
Newbie
Newbie

Female Number of posts : 7
Age : 48
Kementerian : MOF
Bahagian : Bahagian Pengurusan Belanjawan
Registration date : 2008-09-17

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by ida Wed 17 Sep 2008, 1:05 pm

ops..aku silap post ek..sowi..sowi.. No
ida
ida
Hardcore poster
Hardcore poster

Female Number of posts : 242
Age : 39
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan
Registration date : 2008-09-12

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Adiputra Wed 17 Sep 2008, 3:09 pm

nadeeya.. ok jek kot.. tajuk ni general.

Kjem, bukan sy nak memandai2.. tapi saja nak kongsi info yg saya dengar.

Di uia, saya ada belajar dari beberapa ustaz luar (situ banyak mazhab) Kata mereka, quran sebenar terletak di hati dan kalam yg dibaca. Tidak pada buku yg zahir. Kalau di negara arab, quran tu tak spt di malaysia. kita letak di satu tempat yg tinggi, kita junjung, kita tak langkah.. disana lain. mereka menganggap quran hanya sekadar buku dan simbol. Jadi kalau anda ke mekah, boleh jek nampak quran tu dalam pelbagai bentuk buku. ada yang diduduk. ada bawah sila dorang. ada disangkut, ada bawak masuk toilet dll..

Jadi kat sini nak kongsi satu pandangan lain yg sy pelajari bahawa ayat2 tulisan quran boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk (mp3, maya, cincin, dll), serta pelbagai khat jawi yg ditulis. Khat tersebut telah pun banyak kali bertukar sejak 1400 tahun dahulu dan dari ketika Zaid bin Tsabit yg menulisnya. Mereka guna tulisan lain. jadi kata pendapat ini, tidaklah berdosa diperlakukan apa2 (tanpa niat menghina) spt membawa kedlm bilik air dll.. Yang dikira berdosa ialah perihal bacaannya. jgn disalah sebut. jika salah sebutnya, jadi lain maksudnya.

Maka, tidak berdosa mereka berbuat demikian (kata mereka) kerana ianya hanya sekadar buku. Akan tetapi pada pandangan saya, kita perlulah meletakkan rasa hormat pada kitab tersebut. Kita anggap benda itu suci kerana kita bukanlah spt org dahulu kala yg mampu simpan quran dlm hati sepenuhnya. Quran merupakan satu2nya kitab yg authentic kini dan perlu dipelihara. Utk memijak, membuang dan menghina bagi saya adalah berdosa kerana dilakukan dengan niat. Kalau tak perasan spt kes kad kawin tu, (takde niat) tidaklah berdosa. tetapi dari segi adab dan adat melayu.. ianya sesuatu yg salah. Jadi kita katakanlah berdosa.

Specialnya adat kita ni, kitab apa jua pun, kita junjung tinggi. tak boleh langkah tak leh pijak. itulah cara terbaik walaupun dianggap skema oleh org arab. Biasalah kan? org islam berselisih pendapat.. benda ni open.. kebaikan adat kita ni, orang bukan agama islam akan nampak kitab itu satu yg suci dan kita juga anggap ia suci. Sehinggakan nak sentuh pun kena amek air smayang (walhal tak perlu kalu ikot arab), orang period takle tanggung (walhal tak dosa kalu ikot arab), dan kena junjung dan cium selepas membaca (walhal tak perlu). Dengan cara ini, kita menghormati kitab itu dan mengelakkan ia dari dicemuh dan dikeji. Dlm erti kata lain, protect it.

Sekadar berkongsi info yg saya dengar.
Adiputra
Adiputra
Admin
Admin

Male Number of posts : 411
Age : 40
Kementerian : Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian : Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Registration date : 2008-09-12

http://www.friendster.com/adiputra

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by nEeyA_deEya Wed 17 Sep 2008, 3:10 pm

ok..
ida..lepas...
hehehehehe
nEeyA_deEya
nEeyA_deEya
Spammer!
Spammer!

Female Number of posts : 369
Age : 39
Kementerian : need'z ent.
Bahagian : bhgn org malaysia
Registration date : 2008-09-12

http://profiles.friendster.com/8039044

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by hizalovich Thu 18 Sep 2008, 10:19 am

Korang tau tak yang ustazah aku penah bagitau..sebenarnya kalo nak dibandingkan mandi air panas dan air sejuk untuk rawatan penyakit, lebih baik kalo cuba mandi air sejuk..maknanya air yang kita campur ngan ais,ini disebabkan nature penyakit adalah panas dan roh kita adalah sejuk naturenya..so ble kita sakit roh tu akan jadik lemah dan time ni la syaitan senang nak kaco..so kuatkan balik roh tu ngan air sejuk..aku tak tau la tapi ustazah aku ada citer org sblh umah dia dulu kena strok..lumpuh sebelah badan..lepas try cara tu alhamdulillah skang da leh sapu sampah depan umah..cuma tak leh wat tarian poco2 la sambil makan eskrim la..

hizalovich
Newbie
Newbie

Male Number of posts : 15
Age : 40
Kementerian : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri&Hal Ehwal Pengguna
Bahagian : Bahagian Hal Ehwal Pengguna (Unit Pembangunan Standard)
Registration date : 2008-09-18

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by honam Thu 18 Sep 2008, 10:33 am

wahwahh...
izal sang ptd lantikan 1 2009 telah join forum kita...
wakaka...
honam
honam
Addicted poster
Addicted poster

Male Number of posts : 108
Age : 39
Kementerian : kementerian kewangan malaysia
Bahagian : belanjawan
Registration date : 2008-09-15

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Zangetsu Thu 18 Sep 2008, 10:57 am

pegawai mantap dan idola masa kini...
tetap unggul dipersada PTD..
huhu
Zangetsu
Zangetsu
Spammer!
Spammer!

Male Number of posts : 318
Age : 39
Kementerian : KK
Bahagian : MKD
Registration date : 2008-09-17

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by honam Thu 18 Sep 2008, 1:47 pm

MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.

Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.

"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.
honam
honam
Addicted poster
Addicted poster

Male Number of posts : 108
Age : 39
Kementerian : kementerian kewangan malaysia
Bahagian : belanjawan
Registration date : 2008-09-15

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Zangetsu Thu 18 Sep 2008, 2:57 pm

haha.. mandi la waktu pagi...cam kol 1 pagi ke kol 2 pagi ker...baru sihat
Zangetsu
Zangetsu
Spammer!
Spammer!

Male Number of posts : 318
Age : 39
Kementerian : KK
Bahagian : MKD
Registration date : 2008-09-17

Back to top Go down

Artikel untuk dikongsi Empty Re: Artikel untuk dikongsi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum